20 December 2018

SITI NURHALIZA MAHU TAMBAH ZURIAT BILA AAFIYAH DUA TAHUN


Selain berharapkan kesihatannya sihat dan kariernya juga bertambah maju, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut mendedahkan azam pada tahun baharu iaitu cuba untuk mendapatkan zuriat lagi.





Ujar Siti, beliau mahu menambah cahaya mata apabila anaknya, Siti Aafiyah sudah berusia dua tahun. Usia Aafiyah bakal mencecah setahun pada Mac tahun hadapan.

"Perancangannya adalah sama. Kerjaya menyanyi of course saya nak lagi album baharu, persembahan-persembahan yang berjaya di pentas yang baharu. Kemudian semoga bisnes SimplySiti dan Creation sukses.

Klik untuk gambar besar


"Seterusnya menjadi seorang ibu yang dapat mendidik anak menjadi anak solehah. Fasal tambah anak insya-ALLAH bila Aafiyah dah berusia dua tahun," ujar penyanyi 'Anta Permana' itu.

Mendirikan rumah tangga dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa pada tahun 2006, pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan pada 19 Mac 2018 selepas 11 tahun menanti.


www.myartis.com / Sumber: Sinar Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: