20 December 2018

MIA AHMAD: "THERE'S SO MANY FISH IN THE SEA"


"Dear homewrecker, why? (Wahai perosak rumah tangga, kenapa...?) There's so many fish in the sea. (Ramai lagi lelaki di luar sana)," ujar pelakon Mia Ahmad yang mempersoalkan tindakan segelintir wanita yang sanggup menganggu suami orang.





Mia atau nama sebenar Samihah Ahmad Baderi, 30, yang sebelum ini pernah mendedahkan masalah rumah tangganya itu berkata masih ramai lagi lelaki di luar sana yang belum berpunya.

Kata Mia, dia tidak boleh boleh bertolak ansur dengan apa yang berlaku terutama ketika isteri masih dalam proses berpantang.

"Saya mungkin tidak tahu apa yang berlaku tapi saya tidak bertolaransi dengan apabila ia berlaku ketika tempoh wanita berpantang," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Mia mengulas tentang berita berkaitan rumah tangga aktres Datin Elvina Mohamad yang didakwa diganggu wanita lain ketika sedang berpantang anak pertamanya.

Pada Oktober lalu, rumah tangga Mia dan suaminya, Mohd Izham Tarmizi Roslan diuji ketika dia sedang berpantang selepas melahirkan anak pertama mereka.

Namun penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu tegas menepis dakwaan kononnya dia berlaku curang selepas sepasang kekasih membuat tuduhan tersebut yang disifatkannya sebagai berniat jahat.



Mia menerusi Instagram memuatnaik entri yang memberi gambaran seolah-olah perkahwinannya dengan Izham sedang dilanda masalah.

Pelakon drama bersiri 'Hati Perempuan' itu turut bertindak memadam semua gambar suaminya daripada laman sosial itu.

Pasangan ini berkahwin pada 13 Januari 2017 selepas setahun berkenalan dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: