21 December 2018

TUNAI UMRAH - UQASHA DEDAH SINDIRAN IBU BUKA HATINYA


"Mama menempelak saya, mengapa boleh mengumpul duit untuk ke London, Australia dan sebagainya tetapi tidak mahu jejakkan kaki ke Mekah sedangkan saya masih muda serta berkemampuan.





"Malah Nelydia juga memaksa saya mengambil cuti awal daripada jadual penggambaran sambil memberitahu, inilah masanya untuk menghabiskan masa dengan keluarga sambil beribadat bersama-sama.

"Lagipun umrah cuma dua minggu, jadi saya turutkan sahaja permintaan mereka," ujar pelakon Uqasha Senrose yang mendedahkan yang beliau bakal mengerjakan umrah bersama ahli keluarganya pada hujung Disember 2018 ini dan berkongsi cerita bagaimana beliau terbuka hati untuk ke tanah suci Mekah.

Uqasha berkata sindiran dari ibunya membuka hati beliau untuk mengerjakan umrah selepas lebih setahun menolak pujukan ibunya untuk pergi ke sana atas alasan sibuk bekerja dan jadual yang padat.

Klik untuk gambar besar


"Mama menempelak saya, mengapa boleh mengumpul duit untuk ke London, Australia dan sebagainya tetapi tidak mahu jejakkan kaki ke Mekah sedangkan saya masih muda serta berkemampuan”

"Malah Nelydia juga memaksa saya mengambil cuti awal daripada jadual penggambaran sambil memberitahu, inilah masanya untuk menghabiskan masa dengan keluarga sambil beribadat bersama-sama. Lagipun umrah cuma dua minggu, jadi saya turutkan sahaja permintaan mereka," katanya.

Pelakon tersebut menambah yang beliau enggan befikir banyak tentang tanggapan ramai yang mengatakan selebriti pulang dari mengerjakan umrah perlu berubah terutamanya dari segi pemakaian.

"Saya tidak mahu berubah kerana takutkan pandangan orang. Saya pernah lakukannya sekali (berhijab) dan akhirnya, ia tidak berpanjangan. Jadi, berilah peluang kepada saya untuk beribadah dengan tenang dan doakan sahaja yang baik-baik," tambahnya.




www.myartis.com / Sumber: Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: