10 December 2018

LAVIENDA KENA PULIH SEBELUM DIBEDAH - BIENDA MOHON DOA


"Lavienda admited because of tonsil fever... We decide to remove the tonsil...Tapi buat masa ni, belum boleh lagi sebab tonsil tengah bengkak... InsyaAllah, selepas recovery... Lavienda kena rest seminggu sebelum operation tonsil dilakukan.





"Nervous juga...moga ini yang terbaik untuk Lavienda," tulis penyanyi Bienda yang memberitahu anaknya, Lavienda Namiraz, 6, bakal menjalani pembedahan membuang tonsil selepas demam dan dimasukan ke hospital.

Difahamkan, pembedahan tersebut akan dijalankan selepas seminggu anak Bienda pulih daripada demam.

Klik untuk gambar besar


Bienda yang berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram peribadinya itu bagaimanapun turut memberitahu anaknya sudah dibenarkan pulang mulai hari ini.

Rata-rata pengikutnya mendoakan agar anak kepada penyanyi lagu 'Penantian' itu segera pulih dan diberi kesihatan yang baik.

Untuk makluman, Bienda telah berkahwin dengan Kamarul Zariman Abd Rahman pada 8 Oktober 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Lavienda Namiraz dan Laxiendra Namiraz.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Bienda


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: