10 December 2018

"MALAS BERLAKON, SUDAH TUA" - EBBY (ALI SETAN) SELESA BELAKANG TABIR


Bagi penggema filem 'Ali Setan' pasti mengenali nama pelakon Ebby Saiful yang memegang watak sebagai Latif sehingga melonjakkan namanya dalam bidang perfileman pada era 1980-an selain naskhah seperti 'Marah-Marah Sayang', 'Suara Kekasih', 'Perempuan dan Sumpahan Mahsuri'.





Kini pada usia 59 tahun, Ebby atau nama penuhnya Ebby Saifullah Ali memberitahu dia kini sudah tidak berminat untuk berlakon kerana merasakan dirinya sudah tua walaupun masih dibanjiri dengan pelbagai tawaran lakonan.

Malah kata Ebby, dia lebih selesa berada di belakang tabir sebagai pengarah drama selain menghabiskan masa bersama keluarga apabila mempunyai waktu lapang.

"Rasa macam sudah malas hendak berlakon sebenarnya... Lagipun saya sudah tua! Alhamdulillah tawaran memang masih ada tapi kebiasaannya saya tolak secara baik dan produksi pun faham sebab saya menolak.

Klik untuk gambar besar


"Sudah hampir 10 tahun sebenarnya saya tidak berlakon kerana lebih menumpukan kepada kerja pengarahan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ebby kini sedang melakukan teater 'Pokok' yang sedang dipentaskan di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur sejak 7 hingga 16 Disember ini.

Teater arahan U-Wei Shaari itu mengangkat karya asal Tan Sri Johan Jaaffar turut menampilkan barisan pelakon seperti Haliza Misbun, Rahim Jailani dan Buyung Zasdar.

Bercakap mengenai teater itu, Ebby berkata, dia tertarik untuk menerima tawaran itu kerana sudah lama mengimpikan untuk bekerja dibawah arahan U-Wei yang juga salah seorang idolanya dalam bidang perfileman.



Kata Ebby, untuk teater itu juga, dia sanggup mengorbankan rambut panjangnya kerana perlu menyesuaikan dengan wataknya sebagai Darwis dalam pementasan tersebut.

"Ramai juga perli saya sebab saya sudah tidak mahu berlakon tetapi apabila U-Wei buat tawaran itu saya terus bersetuju.

"Saya memang kagum dengan beliau ditambah pula karya ini mempunyai kelainan dan maksud mendalam yang membuatkan saya bersetuju," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: