10 December 2018

AKAUN PALSU AAFIYAH - SITI NURHALIZA IZIN, LARANG JUAL PRODUK


Bagaikan tidak dapat dibendung kewujudan akaun palsu di laman sosial media. Padam yang ini, wujud yang lain. Malah kewujudan akaun palsu menggunakan nama anak selebriti turut menjadi ikutan.





Tidak dapat lari dari perkara sama, anak kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Siti Nurhaliza iaitu Aafiyah turut menjadi mangsa kewujudan akaun palsu ini.

Tidak lain tidak bukan, akaun sebegini akan beroleh pengikut yang ramai dan kemudiannya akan membuka peluang pengiklanan buat pengeluar pelbagai produk di laman sosial atau mungkin akaun tersebut akan dijual dengan harga tertentu.

Namun bagi Siti Nurhaliza, dia masih membenarkan individu menggunakan nama dan gambar anaknya di laman sosial. Namun perkara tersebut hadir dengan satu syarat.

"Banyak fake account menggunakan nama Aafiyah di Instagram, kalau mereka cipta sekadar untuk abadikan foto sahaja tak ada masalah.

Klik untuk gambar besar


"Tapi saya tak nak mereka menggunakan akaun tersebut untuk menjual produk dan barangan contohnya telefon bimbit," jelasnya.

Untuk pengetahuan anda juga, sehingga kini Aafiyah belum mempunyai akaun sendiri malah suami Siti Nurhaliza iaitu Datuk K sebolehnya tidak mahu terlalu terdedah di laman sosial ketika ini.

"Buat masa ni saya belum nak buat lagi Instagram dia. Lagi pun ayah dia, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kalau boleh tak mahu Aafiyah terlalu expose.

"Gambar Aafiyah yang dimuatnaik di Instagram juga saya post setelah mendapat keizinan suami," kata penyanyi lagu 'Anta Permana' itu lagi.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: