10 December 2018

KEMBALI BERKAHWIN TAK MUDAH - MAS IDAYU FIKIR PERASAAN ANAK


"Agaknya mereka takut kerana menyangkakan saya seorang yang garang. Takkanlah saya pula yang terpaksa mengejar lelaki? Saya sebenarnya lebih suka lelaki berusia kerana mereka akan menjaga kita dengan baik, selain membuat saya berasa lebih selamat.





"Tetapi, apabila ada yang mendekati, biasanya lelaki itu lebih muda. Saya tidak mahu lelaki muda kerana biasanya, golongan itu hanya mahu mengikis duit kita," luah penyanyi dangdut popular, Mas Idayu berterus-terang selepas lebih sedekad menjalani hidup sebagai ibu tunggal.

Mengakui naluri untuk kembali menjadi isteri tidak pernah terhakis, namun entah mengapa, jelas penyanyi berusia 49 tahun itu, tiada lelaki yang berani mendekati, sama ada di negara ini mahupun di Indonesia.

Namun, katanya, tidak semudah itu untuk dia kembali membuka pintu hati terutama apabila memikirkan perasaan anak tunggalnya, Nur Dayini Ashiqah.

Klik untuk gambar besar


Penyanyi lagu Senggol-Senggolan Cubit-Cubitan itu berkata, anaknya tidak mengizinkan dia berkahwin lain kerana bimbang dirinya tidak lagi disayangi.

"Cakapnya itu membuatkan saya terpaksa berfikir panjang. Sebelum ini, apabila bekas suami berkahwin semula, dia menangis. Katanya, papa sudah tidak sayang dia lagi apabila berkahwin lain hingga saya terpaksa menasihatkannya supaya reda dengan jodoh bapanya.

"Saya pujuk dia dengan memberitahu, sekurang-kurangnya nanti, ada orang yang boleh menjaga papanya. Kalau begini gayanya, nampaknya sampai bila-bila saya akan terus menjanda," katanya bergurau yang sebelum ini bertemu jodoh dengan pelakon Aman Graseka pada 1997, namun berpisah sekitar 2006.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: