31 December 2018

"MEMBAWANG & TAK BACA KAPSYEN.. TAKPA SAYA MAAFKAN" - FAZLEY


Video yang dimuatnaik pada Sabtu lalu disalah tafsir pihak tertentu apabila dikatakan telah mengaibkan pekerja-pekerja di restoran miliknya, penyanyi dan chef terkenal Datuk Fazley Yaakob menerusi laman Instagram telah meluahkan rasa kesal.





Fazley dan berkata, video yang memaparkan dia sedang memarahi beberapa kakitangan di restoran miliknya Suka Sucre Bistro itu hanya sekadar lakonan dan sudah pun menjelaskan perkara itu di bahagian kapsyen.

"Nampaknya ada juga kumpulan manusia yang lebih banyak masa 'membawang' dan tidak membaca kapsyen. (Rujuk video sebelum posting ini). Takpa saya maafkan kalian ya.

"Saya akhirnya tersenyum sendiri melihat di sebalik ratusan yang kata saya tak cukup garang, suara tak cukup kuat, nampak sangat tengah berlakon, ada juga yang tak cukup bijak untuk baca kapsyen," ujarnya yang meluahkan rasa kecewa di Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar


Beliau turut memuanaik artikel sebuah blog hiburan yang menuduh dia cuba mengaibkan pekerja-pekerja di restoran miliknya.

Dalam pada itu menerusi video berkenaan Fazley dalam penggambaran sebuah program yang bakal ditayangkan pada Mac depan di saluran 118 Hyppinspirasi di UnifiTV.

Menerusi kapsyen video berkenaan, Fazley berkata dia seorang yang jarang memarahi pekerjanya, apa yang dimuat naik di video berkenaan hanya lakonan semata-mata.

"Saya jarang marah pekerja Suka Sucre Bistro tapi bila mengamuk memang parah. Tapi selalunya lepas marah semua staff akan saya peluk dan minta maaf sebab tinggikan suara. Tapi ini (video) hanya lakonan semata-mata," tuturnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: