28 December 2018

MINTA TUKAR CADAR KENA NAJIS - LINDA RAFAR KESAL LAYANAN JURURAWAT


"Bukan mak dia yang sakit jadi nurse sorang ni tak rasa apa yang kita rasa!!! Kita cakap baik-baik, dia boleh kurang ajar. Awak tu Islam dan bertudung. Kenapa yang lain boleh hormat, awak tak boleh nak hormat ye??





"Saya masih simpan gambar dan video awak. Jika awak masih biasa, saya viralkan!!! Jika tak nak kerja jangan jadi nurse. Saya hanya merayu tukar cadar yang kena najis daripada pukul 3 pagi tadi sampai waktu melawat 1pm masih tak dilayan.

"Saya dah letak maid cuci najis mak saya, ni hanya tukar cadar sahaja ye!! Tukar cadar Allahuakbar jika saya jahat saya dah viral muka awak!!!

"Memang tak ada hati dan perasaan!!!," demikian tulis ahli kumpulan Elite, Linda Rafar yang meluahkan rasa kesalnya terhadap layanan yang diterima dari seorang jururawat yang bertugas di hospital ibunya dirawat.

Menurut Linda jururawat itu bersikap kurang ajar kepadanya selepas diminta untuk menukarkan cadar di katil ibunya yang terkena najis.

Klik untuk gambar besar


Lebih mengecewakan lagi, jururawat itu hanya mengendahkan permintaannya sehingga cadar tersebut dibiarkan kotor sehingga berjam-jam lamanya.

Menurutnya, jika ikutkan hati dan perasaannya dia mahu menularkan wajah jururawat tersebut, namun tidak berbuat demikian kerana masih boleh bersabar.

Bagaimanapun dia bersyukur kerana ada jururawat lain yang sudi membantu setelah lebih 10 jam cadar tersebut dibiarkan kotor.

Ibu Linda, Rasimah Abd Rahman, 73, dimasukan ke hospital minggu lalu selepas sebelah tanggannya terkena jangkitan dan telah dipotong. Difahamkan tangan ibu Linda dipotong akibat terkena gigitan serangga tiga bulan lalu.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: