28 December 2018

RAJA ILYA TERIMA KOMEN NEGATIF, MUATNAIK FOTO 'BERCUMBU'


Pelakon Raja Ilya yang selamat bernikah dengan usahawan Australia, Trent Garrett itu akhirnya memuatnaik foto-foto sepanjang majlis perkahwinannya baru-baru ini selepas beberapa hari.





Malah, pelakon filem 'Appalam' itu turut memohon doa daripada peminat untuk kebahagiaan rumah tangga yang dibinanya agar berkekalan.

Di samping ucapan tahniah daripada peminat dan pelayar media sosial, terselit juga komen-komen negatif daripada pihak yang kurang senang dengan foto yang dimuatnaik Ilya.

Aksi romantis Ilya dan Trent bercium mulut telah menjadi sasaran netizen. Selain dituduh terlampau mengikut pedoman budaya negara Barat, ada antara netizen melabelkan Ilya dengan panggilan tidak senonoh.

Klik untuk gambar besar


"Patutnya dia ikut kau, bukan kau ikut dia. Kau tu Islam, jaga nama baik Islam. Pakai baju tak cukup kain. Aku bagitahu je, tak nak ikut sudah," tulis salah seorang pengguna.

"Cium mulut pun nak tunjuk, ikut sangat budaya barat," tambah pengguna lain. - "Gambar cium mulut pun nak upload. Ya, tahu dah kahwin tapi tak sesuailah nak up kat umum kan. Tak marah tapi nasihat," tambah pengguna lain pula.

Bagaimanapun, masih ada segelintir yang menyokong Ilya dengan alasan aksi pasangan itu hak mereka yang sudah punyai ikatan halal.

Untuk makluman, Ilya dan Trent telah berkahwin pada 23 Disember lalu dalam sebuah majlis ringkas di Perth, Australia. Pasangan itu telah berkenalan sejak enam tahun lalu.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: