28 December 2018

ADAM CORRIE: "SAYA BERKHATAN UMUR 38, FATEH USIA 5 BULAN"


Menerusi laman Instagram, pelakon Cina Muslim, Adam Corrie Lee mendedahkan dia menjalani proses berkhatan ketika berusia 38 tahun, setahun sebelum memeluk Islam.





Menyedari kebaikan bersunat, Adam membuat keputusan untuk mengkhatankan anaknya, Adam Fateh Lee yang baru berusia lima bulan. Menurut Adam Corrie, anaknya menjalani proses itu dengan sangat baik.

Dalam entri tersebut, Adam telah memuat naik foto sebelum, semasa serta selepas keadaan anaknya ketika proses berkhatan itu dilakukan.

"Alhamdulillah Fateh @adamfatehlee Dah Sunat/ berkhatan pagi tadi. Fateh kuat... Ini muka belum Sunat, gambar ke 2 ready Dah nk kena Sunat. Dan gambar no 3 .. Dah selesai Sunat.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah.. semoga Fateh menjadi Anak yang soleh Dan jadi penyambung Dakwah Rasulullah SAW. Terima Kasih Dr Usamah Dan nurse2 yang sunat Fateh tadi.

"Bidadari Saya iaitu mak Fateh tukang ambil gambar Dan nangis. Abah tukang zikir Kat telinga Fateh masa sunat. Saya sunat setahun sebelum Saya syahadah.

"Saya tahu sunat ini Bagus utk kebersihan diri. Saya berkhatan ketika usia 38 tahun. Fateh sunat usia 5 Bulan. Semuannya dgn izin Allah," tulisnya.

Rata-rata memuji bayi pelakon KL Gangster itu yang kelihatan sangat baik dan tenang ketika proses itu dilakukan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Adam Corrie Lee


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: