28 December 2018

PENYAKIT DIALAMI - AWIE KELUAR HOSPITAL, TANPA KETAHUINYA


"Doktor kata saya sihat, tak ada penyakit... jadi hari ni (Khamis) saya dibenarkan keluar. Alhamdulillah, syukur saya sudah keluar dari hospital.





"Terima kasih atas ingatan, ucapan dan doa semua," demikian kata vokalis kumpulan rock legenda Wings, Datuk Awie yang akhirnya dibenarkan keluar hospital tanpa mengetahui apakah sebenar penyakit dialaminya kira-kira seminggu mendapatkan rawatan.

Awie berkata, doktor yang membuat rawatan telah berusaha pelbagai cara dan mendapati keadaan dirinya sihat namun gagal mengesan sebarang penyakit.

Awie atau sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 50, dimasukkan ke Pusat Perubatan KPJ Ampang Puteri minggu lalu selepas mengalami kesukaran bernafas.

Klik untuk gambar besar


Ketika ditemui, dia kelihatan lemah kerana pengaruh ubat selain agak keletihan menerima kunjungan tetamu.

Awie berkata, berikutan itu dia bercadang untuk melakukan usaha lain iaitu kaedah alternatif yang mungkin dapat menyelesaikan masalah sakit misterinya itu.

Tambah Awie, dia reda dengan apa yang berlaku selain menganggap ia sebahagian daripada ujian Allah.



"Ini semua mungkin Allah nak uji dan saya reda," ujarnya ringkas yang mengharapkan doa daripada orang ramai.

Sementara itu, pengurusnya Ejat memberitahu, sebaik sahaja keluar dari hospital Awie tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya terus ke studio miliknya kerana menguruskan beberapa perkara yang tertangguh.

Isnin lalu, Awie menerusi Instagram rasminya @awieofficial memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi persembahan bersama Dragon Malaya di Pesta Pulau Pinang, Sungai Nibong, Pulau Pinang yang sepatutnya berlangsung pada malam berkenaan.

Pada 18 November lalu, beliau buat pertama kalinya mengerjakan umrah di Makkah dan bersyukur kerana urusan ibadah itu berjalan dengan baik.


www.myartis.com / Sumber: mStar & Kosmo


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: