27 December 2018

DIFITNAH 'MENGGATAL' DENGAN ZIZI KIRANA - COACH YIN RASA BENGANG


Semua mengetahui penampilan penyanyi yang popular dengan lagu 'Nak Ke Tak Nak', Zizi Kirana sememangnya sangat sinonim dengan imejnya yang agak seksi.





Sering memuatnaik gambar panas, akaun Intagram Zizi sering dihujani dengan komen berbaur lucah, malah ada segelintir netizen menggelar penyanyi itu ikon seks.

Semalam tular di media sosial apabila sebuah portal hiburan mengatakan teman lelaki usahawan kosmetik Nur Sajat iaitu Coach Yin meninggalkan komen nakal di salah satu foto yang dimuatnaik oleh Zizi.

Seperti sudah dijangka, rata-rata netizen menyindirnya dengan mengatakan akhirnya Coach Yin mengidamkan seorang wanita tulen untuk dijadikan kekasih.

Klik untuk gambar besar


Terkejut apabila namanya menjadi bualan ramai serta tidak tahan diperli, Coach Yin menjelaskan dia telah difitnah dan individu yang meninggalkan komen tersebut bukanlah dirinya tetapi ada individu yang tidak bertanggungjawab mencipta akaun palsu menggunakan namanya.

Dalam pada itu, Coach Yin menegaskan dia tidak akan memaafkan individu tersebut kerana menyebarkan fitnah terhadap dirinya.

Katanya lagi, dia berharap netizen tidak lagi membuat tuduhan yang tidak berasas sehingga boleh menjejaskan periuk nasinya.








www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: