27 December 2018
PERKENALAN DENGAN KEKASIH BARU - INI KONGSI JOY REVFA
Menerusi laman Instagram (IG), bekas isteri kepada penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun, Joy Revfa telah mengakui dirinya mula berkenalan dengan kekasih baru selepas setahun jejaka tersebut berusaha menegurnya menerusi mesej peribadi IG.
Joy yang juga pengusaha kosmetik itu berkata kekasihnya yang dikenali sebagai Faiz, tidak pernah jemu malah bersabar menunggu sehingga mesejnya dibalas di IG.
"Selepas setahun baru saya 'nampak' & balas message dia setiap hari duk tegur dlm DM Instagram ni.. bersabar betul awk ni tunggu sampai saya reply patut la org kata : barangsiapa yang bersabar, maka dia akan beruntung.. @revfaiz #mymrright #mrmango#mrharummanis #insyallah ,” tulisnya.
Joy yang merupaksn ibu tunggal kepada seorang anak lelaki itu turut memuatnaik fotonya bersama kekasih yang dilaporkan baru menjalinkan hubungan cinta beberapa bulan lalu.
Klik untuk gambar besar
Nama Joy sebelum ini menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei 2017 dengan Hafiz didakwa tidak sah.
Konflik tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadap wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober tahun sama.
Joy pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Joy Revfa & @revfaiz
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment