27 December 2018
LAGI FOTO NIKAH - RAJA ILYA BAKAL ADAKAN RESEPSI DI MALAYSIA
"Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Majlis ini dilakukan secara tertutup dan dihadiri keluarga serta kenalan terapat sahaja.
"Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya berharap kenalan dan peminat doakan jodoh kami kekal selamanya," kata pelakon Raja Ilya, 33, yang sah bergelar isteri kepada lelaki warga Australia dikenali sebagai TWG atau Trent, 37 pada 23 Disember lalu.
Beliau berkata, majlis pernikahan itu diadakan di kediaman saudara suaminya di Perth, Australia dan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Selepas beberapa hari nikah, pelakon drama 'Gerak Khas' itu turut memuatnaik foto majlis perkahwinannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya di laman Instagram miliknya.
"I'm touched beyond words and my heart is overflowing with gratitude. Thanks from the bottom of my heart, Thank u for being a part of the journey, thank you for all the gifts, wishes & prayers guys ❤️๐๐งก๐๐๐๐๐❤️๐งก..
Klik untuk gambar besar
"Feels good To be married #married #mrmrsgarrett #garrett #family #husband #wife #trentilya #love #united #blessed #perth #malaysia #december," tulisnya.
Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad berkata, dia kini masih sibuk dengan jadual penggambaran drama 'Syurgaku Tak Sempurna 2' yang akan disambung di Perth bulan depan.
Tambahnya lagi, jika ada rezeki beliau tidak menolak untuk mengatur sebuah majlis resepsi di Malaysia bergantung kepada kelapangan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan.
Untuk makluman, Ilya dan Trent telah berkenalan sejak 2012 dan mengesahkan sudah bertunang pada awal November lalu. Difahamkan, pasangan itu sedang berbulan madu di Rottnest Island, Australia.
www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Raja Ilya
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment