26 December 2018

"NI SUAMI SAYA, BUKAN AMIK LAKI ORANG!" - EINA AZMAN


Pelakon Datin Paduka Eina Azman yang melayari bahtera rumah tangga dengan penuh kebahagiaan itu begitu terbuka berkongsi kemesraan dan momen manja bersama suami tercinta, Datuk Paduka Kaiser di akaun Instagramnya.





Namun, baru-baru ini, foto Eina dipangku sambil suami mengucup dahinya menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen. Ada yang mengatakan Eina keterlaluan tayang kemesraan dengan suami kepada orang ramai. Kata mereka, Eina tidak perlu terlalu menunjuk rasa bahagianya itu.

Tidak hanya berdiam diri, Eina yang berang itu tampil membidas kritikan netizen dan memberitahu tindakannya itu tidak harus dijadikan satu isu besar memandangkan akaun Instagram itu adalah miliknya serta berhak untuk memuatnaik apa sahaja.

Klik untuk gambar besar


Malah kata Eina lagi, foto tersebut adalah bersama suaminya yang sah dan bukannya beliau merampas suami orang lain dan meminta individu itu 'unfollow' jika tidak menyukainya.

Melihat komen yang ditinggalkan Eina, ramai menyokong kenyataan pedas yang ditujukan oleh individu terbabit. Sesetengah pengikutnya berpendapat mereka yang mengkritik itu sebenarnya cemburu melihat kemesraan, cinta serta kasih sayang Eina bersama suami.

Betul juga kata Eina, daripada menyakitkan hati lebih baik unfollow saja jika ianya menyemakkan mata. Rasanya tidak salah pun untuk Eina merakam saat indah bersama suaminya, sudah halal, apa salahnya kan? Doakan sahaja mereka kekal bahagia sehingga ke jannah.










www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Beautifulnara & Instagram Eina Azman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: