26 December 2018

KONGSI FOTO THROWBACK 'FREE HAIR' - ELLA DITARBIAH PEMINAT


Penyanyi Ella Aminuddin baru-baru ini telah berkongsi foto throwback dirinya bersama supermodel terkenal Naomi Campbell. Namun begitu, foto terbabit telah membuatkan ramai yang tampil meluahkan rasa kesal.





Selain pujian akan kecantikan semula jadi Ella, ruangan komen penyanyi lagu 'Rama-Rama' itu terus dihujani nasihat daripada peminatnya. Mereka mahukan ratu rock itu memadamkan semula foto yang menampakkan dirinya 'free hair'.

"With this beautiful Naomi Campbell @naomi #throwback #Russia #stpetersburg @wwf WWF Tiger summit St. Petersburg," tulis Ella pada kapsyen foto tersebut.

Klik untuk gambar besar


"Tak perlu keluarkan balik gambar begini sepatutnya," tulis salah seorang pengguna. - "Jangan kutip dosa lagi Ella, sila padam," tambah pengguna lainnya.

Nampaknya sayang peminat buat penyanyi itu bukan biasa-biasa. Ella bagaimanapun dilihat hanya berdiam diri.

Untuk makluman, Ella yang telah enam tahun mendirikan rumah tangga dengan juruterbang Azhar Ghazali itu mengambil keputusan untuk bertudung sekitar tahun 2016.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Ella Aminuddin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: