26 December 2018

"JANGAN LUPA JEMPUT SAYA" - FATHIA DOAKAN KEBAHAGIAAN AIMAN & ZAHIRAH


Semua mengetahui mengenai hubungan cinta diantara pelakon Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson yang kini sedang hangat.





Malah, pasangan ini terbuka mengenai hubungan mereka dan turut memuatnaik foto mesra bersama di akaun Instagram masing-masing.

Susulan itu, ada sesetengah pihak pastinya mengaitkan nama pelakon Fathia Latiff secara tidak langsung dek sejarahnya yang pernah bercinta dengan Aiman sebelum ini.

Ramai juga yang tidak sabar dan ingin tahu apakah reaksi bekas kekasih Aiman itu. Mereka mengandaikan mungkin Fathia belum lagi 'move on'.

Klik untuk gambar besar


Isu terakhir melibatkan mereka berdua adalah apabila Fathia menuntut hutang dari Aiman menerusi laman Instagram dan mendakwa duit beliau masih belum dibayar sehingga hari ini.

Namun menerusi sebuah temubual terbaru, Fathia mengakui yang ianya satu perkara remeh dan kebenarannya tiada siapa yang berhutang dengan sesiapa.

Apabila ditanya tentang hubungan Aiman dan Zahirah, Fathia mengakui memang ada yang datang dan bertanya kepadanya tentang hal tersebut namun beliau hanya mendoakan kebahagian mereka berdua.



"Saya memang nak fokuskan pada kerjaya saya. Jadi bila orang kata macam tu, saya nak doakan beliau. Sebab saya pun dah lama tak communicate dengan dia.

"Tiba-tiba orang datang dekat saya, tanya fasal beliau. Saya doakan yang terbaik dan harapkan berkekalan sehingga orang kata ke syurga.

"Jadi, kalau dah berkahwin nanti jangan lupa untuk jemput saya datang ke kenduri nanti ya?" ujar Fathia.

Alhamdulillah kalau segala isu sudah selesai. Kami juga puji dengan semangat Fathia yang ingin bangkit semula dalam hidup dan kariernya selepas menghadapi beberapa kontroversi pada tahun ini. Semoga segala perancangan Fathia itu dipermudahkan.








ATAU KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



www.myartis.com / Sumber: YouTube MHE TV


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: