26 December 2018

SUSAH BERNAFAS - AWIE WINGS KINI DI HOSPITAL


"Saya pun tak tau saya sakit apa. Tapi susah nak bernafas la. Sebelum ni dah tiga hari saya duduk kat rumah, ni dah empat hari di hospital, kiranya seminggu la sakit ni," demikian jelas penyanyi rock kumpulan Wings dan pelakon terkenal, Datuk Awie dengan nada suaranya kedengaran sukar untuk berkata-kata.





Tidak mengetahui apa yang menimpa dirinya selama seminggu, Awie kini dirawat di hospital Ampang Puteri selepas mengadu sukar untuk bernafas.

Sehubungan dengan itu, beliau menerusi laman Instagram turut memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi persembahan bersama Dragon Malaya di Pesta Pulau Pinang. Menurut Awie lagi, dia kini memerlukan rehat secukupnya.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, Awie pernah berkongsikan pengalaman pertamanya mengerjakan umrah. Malah dia dalam masa yang sama sebolehnya tidak mahu perkara tersebut diketahui ramai kerana bimbang akan dilabel sebagai riak.

Apapun, kami harap Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman akan cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.






www.myartis.com / Sumber: Astro Awani & Instagram Awie Wings


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: