23 December 2018

'NURAFRINA AYRA', NAMA ANAK KE-3 - ALMY DEDAH WAJAH HARI KE-44


Menerusi laman Instagram, pelakon Almy Nadia telah memperkenalkan nama anak ketiganya sempena hari ketujuh kelahiran. Almy mengumumkan nama anak perempuan iaitu 'Nurafrina Ayra'.





Menerusi entri yang sama, Almy memuatnaik foto bayinya yang hanya menampakan badan dan tangannya tanpa mendedahkan wajah.

Menurut Almy, dia bakal mendedahkan wajah anaknya itu kepada umum selepas 44 hari berpantang nanti.

"Alhamdulillah harini genap hari ke 7 my little princess... jadi dikesempatan harini hari ke 7.. sy perkenalkan dulu namanya yer ... NAMA- NURAFRINA AYRA Tarikh lahir - 15/12/2018.

Klik untuk gambar besar


"Ok done .... pic penuh sy akan diupload oleh mama @ papa lps 44hari pantang... jd uncle n aunty sabar dan jgn dok nak kecam2 bagai k... sabar @fizzfairuzofficial," tulisnya di IG.

Rata-rata tetap memuji kecomelan anaknya dan tidak sabar hendak menanti gambar penuh bayi tersebut.

Untuk makluman, Almy mendirikan rumah tangga dengan pelakon Datuk Fizz Fairuz pada tahun 2014 dan dikurnikan dua orang cahaya mata Arianna, 3, dan Aurora, 1.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Almy Nadia & Fizz Fairuz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: