03 December 2018

"PERTAMA KALI JEJAK KE MEKAH & MADINAH TANPA SUAMI" - NORA MOHON DOA


Menerusi entri di Instagram (IG), penyanyi Nora Ariffin berharap agar orang ramai dapat mendoakan perjalanannya untuk menunaikan ibadah umrah pada hari ini (3 Disember 2018) akan berjalan dengan lancar.





Nora mengakui ini merupakan kali pertama dia mengejarkan ibadah Umrah tanpa ditemani oleh suami tercintanya, komposer arwah Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac tahun lalu.

"Buat ahli keluarga yang disayangi, anak-anak, sahabat-sahabat, kenalan-kenalan serta peminat-peminat yang dikasihi @fanoratik.nora, In Shaa Allah pada 3 Disember 2018, saya akan berangkat menunaikan umrah tajaan DSV Dato Seri Vida yang bermurah hati memberikan hadiah pakej umrah bersama Zainal Kembara, yang sangat-sangat berharga untuk saya.

Klik untuk gambar besar


"Terima kasih banyak-banyak Dato. Saya berdoa semoga Dato terus berjaya & bahagia dalam redha Allah dunia akhirat. In Shaa Allah. Dengan rendah hati, saya ingin memohon ampun & maaf kepada sesiapa saja yang mengenali saya, sekiranya ada tersalah apa-apa, samada sengaja atau tidak.

"Perasaan sayu sukar digambarkan kerana inilah pertama kali saya menjejakkan kaki ke Mekah & Madinah tanpa suami tercinta. Doakan perjalanan & ibadah saya dipermudahkan oleh Allah SWT.



"Selamat pergi & pulang kepangkuan anak-anak tersayang. Moga selepas umrah saya kali ini, akan datang tahun baru 2019 dengan sinar & semangat baru serta rezeki yang bertambah untuk saya terus melangkah menjalani kehidupan yang lebih sempurna demi anak-anak.

"Memegang tugas sebagai penyanyi, bapa, ibu tunggal adalah satu tugas yang amat mencabar. Semoga Allah memberi ilham, petunjuk ,hidayah dan pedoman utk saya menjadi muslim yg lebih baik. Dengan izin Allah. Salam sayang dari saya. Wasalam Nora Ariffin," tulisnya.

Rata-rata mendoakan agar segala ibadah yang dilakukan oleh Nora akan dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik ketika berada di sana nanti.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nora Ariffin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: