05 December 2018

RITA RUDAINI: "GIGIH LAGA KAN KAMI, ANAK-ANAK JADI MANGSA"


Menerusi laman Instagram, pelakon Riti Rudaini baru-baru ini melahirkan rasa kurang senang dan mendedahkan ada individu yang tidak senang dan goyang kalau dirinya berbaik dengan bekas suami, Aidil Zafuan walaupun demi anak-anak mereka.





Dalam Entri terbaru tersebut, Rita dilihat seolah memberi bayangan ada pihak yang 'busuk hati' hingga melaga-lagakan hubungan mereka dan menyebabkan anak-anak menjadi mangsa berjauhan dengan bapa kandung.

Bagaimanapun dalam kenyataan yang sama, Rita tetap positif dengan apa yang terjadi, dan percaya suatu hari hari nanti kebenaran bakal muncul dan anak-anaknya akan bertemu semula dengan pemain bola sepak Skuad Kebangsaan itu.

"Gigih la cuba nak laga kan kami, anak-anak jadi mangsa... Aidil dan Rita ni jangan bagi dekat, jangan bagi baik. Adakah kalau kami dekat dan berbaik, kami jadi seperti lagu Stacy 'Bergabung Meletop'?

Klik untuk gambar besar


"Rancang lah macamana pun, buatlah macamana pun, satu hari nanti tuhan akan bisikan hanya yang benar pada daddy ryanjuna" tulisnya.

Di ruangan komen pula, pelbgai reaksi diberikan netizen. Ada mendakwa kenyataan Rita seolah memberi bayangan bakal berbaik semula dengan bekas suami, tapi nampaknya ada juga yang menentang.

Sebelum ini, Aidil ketika ditanya mengenai pertemuan dengan anak-anak di laman Instagram live isterinya, menjawab ringkas bahawa beliau bakal bertemu dengan anak-anaknya tidak lama lagi.

Lama anak-anak tidak bertemu dengan bapa kandung sejak Rita dan Aidil bercerai. Apa-apapun, kita doakan yang terbaik sahaja.










www.myartis.com / Sumber: Astro Awani & Instagram Rita Rudaini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: