27 December 2018

"SAYU DENGAR SUAMI IQAMATKAN" - LANA NODIN LAHIRKAN ANAK KEDUA


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pelakon Lana Nodin dan suaminya, David McKienzie atau nama Islamnya, Mohd Daud Mckinzie atas kelahiran anak kedua mereka semalam.





Berita gembira tersebut dikongsi oleh Lana yang memuatnaik momen indah suaminya sedang melafazkan Iqamat kepada anak keduanya. Menurut Lana, dia akui sebak sebaik sahaja mendengar suaminya itu melafazkan Iqamat.

"Terharu dan sayu bila mendengar suami tercinta Iqamatkan seorang lagi insan yang akan menjadi penyeri dalam keluarga kami," tulisnya.

Menerusi video berkenaan, ia jelas merakamkan wajah Lana yang menahan sebak ketika suaminya memangku anak mereka sambil melafazkan Iqamat di telinga permata hatinya.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanpun Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin mahupun suaminya masih belum mendedahkan jantina dan juga wajah anak keduanya.

Dalam pada itu, ruangan komen Lana dihujani dengan ucapan tahniah dan peminat juga turut menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat wajah comel bayi aktres tersebut.

Untuk makluman, Lana bernikah dengan David McKienzie atau nama Islamnya, Mohd Daud Mckinzie pada 15 Mei 2015. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan Gia Quinn McKienzie yang kini berusia 2 tahun.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Lana Nodin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: