27 December 2018

SARAT HAMIL - CRISTINA SUZANNE BAKAL TIMANG 'BABY BOY'


Sama seperti majlis pernikahannya pada 30 Mac lalu, nampaknya pelakon Cristina Suzanne bijak 'menyembunyikan' khabar terbaharu tentang dirinya daripada pengetahuan umum berhubung kehamilannya.





Diam-diam ubi berisi, pelakon itu dikhabarkan kini sedang sarat hamil dan bakal bersalin tidak lama lagi. Menerusi kiriman foto yang dihantar kepada Gempak, pelakon itu juga difahamkan bakal menimang bayi lelaki.

Foto yang dirakamkan ketika majlis baby shower di sebuah restoran di ibu kota baru-baru ini turut dihadiri keluarga rapat pasangan itu.

Jelaslah, kondisi terkini Cristina menjawab keluhan pengarah filem 'Tujuh', Raja Mukhriz Raja Ahmad yang kecewa apabila aktres itu tidak mempromosikan filem berkenaan yang mula ditayangkan pada November lalu.

Klik untuk gambar besar


Menerusi tinjauan Gempak di laman Instagram peribadi Cristina, tiada langsung kemaskini terbaharu dan kali terakhir memuatnaik entri pada 31 Ogos 2018.

Cristina atau nama penuhnya Cristina Suzanne Stockstill, 33, telah berkahwin dengan M Faiz Zakaria yang berasal dari Johor.

Apa-apapun, kami doakan semoga urusan bersalin Cristina kelak dipermudahkan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: