07 December 2018

SHAKILLA HAMIL 'BABY GIRL': "TAK SABAR PAKAIKAN BAJU PRINCESS" - FIZI ALI


"Saya memang nak baby girl pun, sebab nak ikat rambut dia, nak pakaikan dia skirt, nak beli baju princess. Mesti comel kan.





"Selalunya kebanyakan lelaki nak anak lelaki tetapi saya memang inginkan anak perempuan," kata penyampai radio Suria FM Fizi Ali yang berkongsi khabar gembira dimana isterinya pelakon Shakilla Khoriri kini sedang hamil anak perempuan.

Pasangan yang mendedahkan bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi itu meluahkan rasa syukur apabila mendapat tahu jantina bayi yang sedang dikandungkan.

Klik untuk gambar besar


Tambah Fizi, 29, kandungan bayi perempuannya kini kembali normal selepas berada dalam keadaan songsang baru-baru ini.

"Sekarang sudah masuk usia enam bulan, alhamdulillah selepas beberapa minggu bayi berada dalam posisi yang betul. Doktor kata semua okey. Cuma kandungan dalam perut tu aktif betul... Ikut mak dia barangkali.

"Best pula rasa bila pegang perut bayi bergerak-gerak. Tak percaya pula dah nak jad bapa," ujar Fizi lagi yang mendirikan rumah tangga dengan Shakila pada 18 Februari 2018.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: