07 December 2018

8 GAMBAR - PEKIN IBRAHIM SELAMAT BERGELAR SUAMI MONA ALLEN?


Pelakon filem 'Mat Moto', Pekin Ibrahim baru-baru ini dikhabarkan telah selamat bergelar suami kepada aktres drama bersiri 'Monalisa', Mona Allen.





Menerusi laman Astro Gempak, pihaknya mendapat kiriman beberapa keping foto dari peminat yang dikhabarkan menghadiri majlis pernikahan Pekin dan Mona.

Pertama, terdapat sekeping foto menunjukkan Pekin dan Mona yang memakai pakaian pengantin serba putih sedang duduk di meja makan beradab. Foto kedua memaparkan papan tanda majlis pernikahan yang tertera nama Pekin dan Mona.

Selain itu, Astro Gempak juga mendapat dua keping foto yang difahamkan diambil dari majlis berinai Mona. Anggun mengenakan baju kurung cotton bunga merah, Mona mengenakan inai berwarna putih.

Klik untuk gambar besar


Hasil tinjauan di laman sosial Instagram, kami berjaya mengumpulkan beberapa keping foto yang menguatkan lagi khabar Pekin dan Mona sudah bernikah.

Jurusolek terkenal, Nad Ismail turut memuatnaik foto Mona yang menyarungkan busana pengantin di laman Instagram miliknya.

Pelukis inai popular, Anna Bakry turut juga berkongsi foto tangan Mona yang mengenakan inai berwarna putih.

Akaun Instagram milik perunding perkahwinan WeddingsbyEmma juga berkongsi foto Mona sekitar majlis berinai.



Entri terbaru yang dimuatnaik oleh Mona di laman Instagram juga seakan memberikan gambaran pelakon itu bakal memulakan perjalanan baru.

"Somewhere over the rainbow, skies are blue and the dream that you dare to dream really do come true #newbegginings #love," tulis Mona.

Nampaknya... hubungan rapat antara Pekin bersama Mona bukan lagi rahsia. Sebelum ini, mereka tidak pernah mendedahkan sebarang tarikh atau memberi bayangan mereka bakal bersatu sebagai pasangan suami isteri.

Jika benar Pekin dan Mona sudah bernikah, tahniah kami ucapkan dan semoga ikatan yang dibina kekal hingga hujung nyawa!












www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: