16 December 2018

TAHNIAH - ALMY & FIZZ SELAMAT TIMANG ANAK KETIGA, PEREMPUAN


"Serba tidak kena jadinya, dalam debaran menanti keputusan Piala AFF 2018, isteri pula sedang menanti saat untuk melahirkan anak kami.





"Syukur, saya ibarat 'menang' besar malam tadi apabila isteri selamat melahirkan anak perempuan ketiga kami," kata aktor Datuk Fizz Fairuz aktres mengenai isterinya, aktres Almy Nadia yang telah selamat melahirkan anak ketiga mereka malam semalam.

Meskipun hasrat melihat Skuad Harimau menjulang kejayaan pada Piala AGFF 2018 tidak kesampaian, Fizz tetap meraih 'kemenangan' isterinya.

Fizz berkata, ketika rakyat Malaysia berdebar menanti keputusan perlawanan bola sepak antara skuad negara dan Vietnam, debarannya berganda apabila isterinya sedang bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.

Pelakon 'Nur Kasih' itu berkata, anak ketiganya dilahirkan kira kira jam 11.30 malam semalam secara normal di sebuah hospital swasta di Setapak.

Klik untuk gambar besar


"Berat bayi 3.31 kilogram. Rezeki kami dapat anak perempuan lagi, meskipun menanti detik kelahirannya cukup mendebarkan.

"Bayi kami pada mulanya songsang dan doktor sudah memaklumkan, jika kedudukannya tidak beralih, mungkin Almy terpaksa menjalani pembedahan.

"Alhamdulillah, doa kami semua dimakbulkan apabila urusan melahirkan bayi ini dipermudahkan. Almy begitu lega kerana tidak perlu menjalani pembedahan," jelasnya.

Untuk makluman, Fizz dan Almy yang mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 3, dan Nur Afirna Aurora, 2, serta anak angkat, Nur Afrina Darwisya, 9.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Fizz Fairuz & Almy Nadia


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: