16 December 2018

ZIZIE IZETTE BAKAL LAHIRKAN 'BABY GIRL' MAC DEPAN


Pelakon Datin Seri Zizie Ezette, 39, menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan dia bakal melahirkan anak perempuan pula yang dijangka pada bulan Mac depan selepas memiliki anak kembar lelaki yang kini berusia setahun.





"Girl, see you in March my sweet lil angel," tulisnya yang kini sarat mengandung kehamilan keduanya itu.

Laman Instagram miliknya itu turut menerima ucapan tahniah daripada pengikutnya termasuk beberapa selebriti tempatan seperti pelakon Rebecca Nur Islam, dan personaliti TV3, Azliyanti Iberahim.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro untuk mendapatkan komen Zizie mengenai kehamilan keduanya itu gagal apabila dia tidak menjawab panggilan telefon mahupun pesanan WhatsApp.

Klik untuk gambar besar


Untuk makluman, Zizie mendirikan rumah tangga bersama Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, pada 2009.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak kembar lelaki, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette pada tahun lalu.

Pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, setahun.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: