06 December 2018

"TUKAR LAMPIN DATUK PERTAMA KALI & IA SUKAR DILUPAKAN" - NEELOFA


"Pemergian arwah datuk banyak mengubah saya untuk menjadi seorang anak dan ahli keluarga yang lebih baik. Saya berasa menyesal kerana kurang menghabiskan masa dengan arwah datuk ketika hayatnya dulu.





"Kini, saya juga lebih menghargai masa berkualiti untuk bersama ahli keluarga walaupun sibuk mengatur urusan perniagaan dan karier seni.

"Saya masih ingat pesanan arwah datuk supaya sentiasa jujur, amanah dan tidak mengamalkan riba dalam urusan perniagaan," kata pelakon dan pengacara popular Noor Neelofa.

Neelofa diminta mengulas kenangan bersama datuknya, Allahyarham Noor Mohamed, 83, yang meninggal dunia kira-kira 11 malam di hospital di Kota Bharu, Kelantan, 20 November lalu.

Klik untuk gambar besar


Untuk makluman, jenazah Allahyarham Noor Mohamed selamat dikebumikan di Pasir Mas pada sebelah pagi keesokan harinya.

Menurut pengacara program 'MeleTop' itu, pemergian datuknya juga memberi kesan sangat mendalam dalam kehidupannya.

Kata Neelofa lagi, dia juga sempat berulang alik ke hospital menjaga arwah datuk seminggu sebelum pemergiannya.



"Saya dan ahli keluarga menjaga arwah datuk mengikut giliran di hospital. Saya juga sempat menukarkan lampin pakai buang datuk ketika itu buat pertama kalinya dan ia pengalaman yang sukar dilupakan," ujarnya.

Bagaimanapun kata Neelofa, dia hanya dapat tahu berita pemergian datuknya selepas selesai buat siaran langsung program 'MeleTop' ketika itu.

"Saya menangis tanpa henti bila dapat tahu berita sedih itu. Kali pertama melihat arwah datuk nazak, saya juga sangat sedih dan banyak menangis di hospital.

"Namun, saya dan ahli keluarga juga sudah bersedia dari aspek mental untuk menerima berita pemergian datuk itu selepas seminggu menjaga arwah yang nazak ketika itu," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: