06 December 2018

NADZMI ADHWA: "HAPPY ANNIVERSARY, NANTI ANGAH HADIAHKAN MENANTU YA"


Menerusi laman Instagram, pelakon Nadzmi Adhwa telah memberi ucapan buat kedua-dua orang tuanya sempena ulangtahun perkahwinan ke-30 kelmarin.





Dalam masa sama, Nadzmi sempat berseloroh dan seakan-akan memberikan bayangan untuk berumah tangga dalam masa terdekat.

"Happy 30 years anniversary My Dunya and My Jannah. May Allah always bless you both with health, wealth, prosperity and happiness.

"Nanti Angah hadiahkan menantu ya. Eh? Berangan tak salah," tulisnya bersama sekeping foto bersama ibu dan bapanya.

Klik untuk gambar besar


Netizen pula mengaitkan nama bakal menantu keluarga itu tidak lain tidak bukan pelakon Ardell Aryana.

Nadzmi dan Ardell mulai rapat sejak bergandingan dalam drama Namaku Bedah pada 2015. Hubungan itu bertambah erat ketika Ardell jatuh sakit pada Jun lalu.

Terkini Nadzmi dan Ardell merakamkan single bersama berjudul 'Wanitaku' yang kini sudah trending di YouTube.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Nadzmi Adhwa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: