06 December 2018

KESAL FOTO DISALAH GUNA - KHAI, ROSMA BUAT LAPORAN POLIS & KPDNKK


Mengakui kesal apabila ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan foto mereka untuk melakukan perniagaan tanpa kebenaran, Khai AF dan isterinya, Rosma AF menerusi entri di Instagram (IG), menjelaskan sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.





"Amaran keras kepada yang menjaja muka kami untuk kepentingan bisnes mereka. Banyak sangat aduan kami terima, penat dah berdiam diri. Ini kerana melibatkan reputasi bisnes & diri kami juga.

Sebelum beli pastikan produk itu daripada kami yang ada sticker hologram. Produk kami dalam bentuk serbuk bukan pil. Jangan tersalah beli? sebarangan akibat kami tidak tanggung.

Klik untuk gambar besar


"Semoga dipermudahkan. InsyaAllah. Amin. Done report polis & Kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK).

Esok report SHOPEE & Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pula. Kali ini kami all out habis-habisan. Tunggu," tulisnya.

Rata-rata bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Khai dan ada juga mengakui pernah memberi produk salah kerana penjual menggunakan gambar mereka.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram @khai_rosma


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: