05 December 2018

BILA DATUK VIDA BERSELOROH NAK 'MEMINANG' TUN MAHATHIR


"Rasa sebak apabila mereka berdua kembali dalam kerajaan baharu Malaysia. Hasrat hati ingin sangat bertemu pasangan kesayangan kita semua ini. Ada rezeki, saya mahu bertemu, berbual-bual dengan Tun Dr. Mahathir dan Tun Siti Hasmah.





"Tapi bukan setakat jumpa Tun Mahathir tau. Bukan setakat nak bercerita fasal bisnes, fasal harapan, fasal masa depan negara. Ikutkan hajat hati, rasa macam nak meminang Tun Mahathir, kekeke! Jangan marah ya Tun Siti Hasmah," seloroh Datuk Seri Vida.

Siapa yang tak kenal dengan Datuk Vida, usahawan selebriti berjaya di Malaysia. Pasti ramai yang tahu bahawa Datuk Vida mengambil masa yang lama untuk berjaya dan untuk berada di tahap sekarang.

Banyak dugaan dan cabaran yang dilalui penyanyi lagu 'I Am Me' itu sepanjang 18 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Klik untuk gambar besar


Menerusi temu bual ekslusif bersama Intrend baru-baru ini, Vida meluahkan hasratnya untuk bertemu dengan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr. Mahathir dan Tun Siti Hasmah.

Ujar Vida lagi, jika diberikan peluang beliau mahu bertemu dengan Tun M untuk berkongsi cerita mengenai perniagaan dan masa depan negara.

Nampaknya hasrat Vida untuk bertemu pemimpin negara itu akhirnya tercapai dimana beberapa hari lalu Vida ada berkongsikan gambarnya bersama Tun M di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, dalam temu bual tersebut Vida turut memberitahu jika ditemukan jodoh suatu hari nanti, beliau berharap pasangannya itu adalah seorang yang jujur dan boleh menerima dirinya seadanya.




www.myartis.com / Sumber: Intrend


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: