06 December 2018

CHE TA AKAN PAKAI 'GAUN' KE FINAL AFF - PEMINAT SOKONG


Semalam semua rakyat Malaysia berasa bangga dan gembira apabila pasukan bola sepak negara berjaya berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki.





Kegembiraan tersebut turut dirai oleh keluarga pasangan selebriti popular Rozita Che Wan (Che Ta) dan Zain Saidin.

Baru-baru ini, penampilannya ke stadium pada perlawanan Sabtu lalu menjadi perhatian dan bualan ramai. Rata-rata netizen tidak senang duduk melihat Che Ta yang tampil berkasut tumit tinggi serta solekan tebal lengkap dengan bulu mata palsu.

Tidak kurang juga ada netizen berpendapat dengan keadaan stadium yang panas pasti akan berpeluh dengan penampilan sebegitu.

Klik untuk gambar besar


Namun, menerusi laman Instagram, rakan baik pelakon itu iaitu Anas Zahrin memberitahu Che Ta bakal membuat kejutan dengan menggayakan gaun pada perlawanan akhir itu nanti.

Rata-rata peminatnya menyokong cadangan tersebut serta memberikan idea agar Che Ta memakai gaun hitam kuning mengikut warna tema jersi pasukan bolak sepak kebangsaan.

Ada segelintir netizen mengatakan, jika Che Ta memakai gaun ke stadium pasti ramai yang tak senang nak tengok bola kerana mata akan tertumpu kepadanya.

Kalau dah cantik, pakai apa pun cantik. Boleh dikatakan ramai wanita kagum dengan Che Ta yang sentiasa yakin dengan apa yang digayakan olehnya. Apa pun pasti ramai yang tak sabar melihat penampilan Che Ta di aksi final nanti.










www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: