22 January 2019

1 JANUARI 2019 - NADIYA NISAA & SUAMI TIMANG 'AMINAH ROSE'


Alhamdulillah.... tahniah kami ucapkan kepada pelakon Nadiya Nisaa, 34, apabila hari ini beliau berkongsi berita gembira dan foto pertamanya bersama cahaya mata ketiganya, Aminah Rose yang selamat dilahirkan pada 1 Januari lalu di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.





Menerusi entri yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya, Nadia berkongsi rasa syukur atas nikmat diberikan Tuhan kepada dia sekeluarga di samping ucapan terima kasih kepada semua ahli keluarganya.

Nadiya juga menitipkan pesan buat suaminya, Saiful Razman Kasim supaya meluangkan lebih banyak masa dengan anak sulung mereka, Omar yang kini berusia lapan tahun.

"Assalamualaikum semua & syukur di atas kebesaranNya saya selamat melahirkan cahayamata ketiga saya, Aminah Rose tanggal 1 Januari 2019 tempoh hari.

Klik untuk gambar besar


"Terima kasih & rasa dihargai sekali apabila sekalian keluarga ada bersama-sama disisi menanti kelahiran & tak putus-putus doa serta zikir untuk dipermudahkan segala urusan. You guys know how much I love you & cherish you.

"Apresiasi saya juga buat Doktor Asmah Yun & staf serta nurse di Hospital Pusrawi kerna menjaga saya & bayi sebaiknya. Semoga tugas murni kalian sentiasa mendapat berkah daripada Allah swt.

"Buat suami tercinta, terima kasih yang tak terhingga atas kesabaran & kasih yang tanpa batas. Saya beruntung sekali. Please spend more time dengan Omar. Dia tengah jealous dalam diam tu saya asyik dengan baby baru je 😜



"Pantang mode still ON 🙄🤲🏼 doakan semoga saya recovery dengan jayanya 💪🏼 #bullyingomar #NN2019 #newyearsbaby2019," tulisnya yang turut menyelitkan tanda pagar tersebut sebagai simbol untuk tarikh kelahiran anaknya itu.

Untuk makluman, Nadiya atai nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa Kamaruddin dan suaminya berkahwin pada 2010. Sebelum ini, Nadiya dikurniakan anak sulung lelaki yang kini berusia lapan tahun.

Manakala, anak kedua Nadiya telah meninggal dunia ketika dalam kandungannya mencecah sembilan bulan pada 2016.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, mStar & Instagram Nadiya Nisaa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: