22 January 2019

NETIZEN: "KASIHAN IWAN, KENA HERET DENGAN ANAK SENDIRI KE NERAKA"


Sebut sahaja nama Iwan... pasti ramai yang mengetahui mengenai Raja Dangdut yang kini sudah meninggalkan dunia dangdut dan beralih ke muzik ketuhanan.





Hasil perkahwinan pertamanya dengan pelakon popular 80-an, Allahyarham Rosnah Mohd Noor, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Wan Ramada Putra serta Wan Shamira Puteri Octavia dan Wan Shahera Puteri Apreena.

Pasti ramai tak tahu dua anak perempuan Iwan yang lebih dikenali sebagai Oktavia Manrose dan Apreena Manrose, kini menyambung legasi ibu bapanya sebagai anak seni.

Baru-baru ini, Aprena Manrose ada memuatnaik foto bersama bapanya di Instagram. Bagaimanapun, foto tersebut menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen yang mengkritik penampilan Aprena tidak bertudung serta mewarnakan rambut sedangkan bapanya seorang yang alim dan berserban.

Klik untuk gambar besar


Antara komen yang ditinggalkan berbunyi amat prejudis, sekali gus terlalu kasar untuk dibaca mahupun didengar oleh sesiapa.

"Kasihan Iwan, kena heret dengan anak sendiri ke neraka sebab tak menjaga auratnya," memetik salah satu komen yang ditulis pengikutnya.

Walaupun pengikutnya itu sekadar mahu menegur, namun teguran tersebut dilihat oleh sesetengah individu lain sebagai satu tindakan yang salah.



"Hendak menegur tak salah, tetapi ada cara lebih berhemah supaya tidak mengguris hati sesiapa," balas salah seorang pengikutnya.

Biarpun perbalahan dalam kalangan pengikutnya panjang berjela-jela, pun begitu tidak kelihatan komen balas daripada Aprena sendiri.

Apapun, diharap pelakon yang bakal muncul dengan filem Jodoh Syaitan itu tenang-tenang sahaja dan menganggap setiap kritikan sebagai satu pengajaran yang mampu mendewasakannya kelak.




www.myartis.com / Sumber & foto: MHETV, Rotikaya & Instagram Aprena Manrose


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: