22 January 2019

FASHA SANDHA NIKAH AIDIL AZIZ HUJUNG MAC INI


"Saya dan Aidil memang merancang nak nikah hujung Mac ini. Majlis diadakan di Perlis atas permintaan mak saya. Malah, untuk majlis nikah akan dibuat di masjid.





"Kami takkan berahsia. Insya Allah, saya akan berkongsi lanjut dan menjemput rakan media untuk hadir. Untuk majlis di sebelah lelaki pula, perancangannya pada April.

"Pada majlis itu, kami turut menjemput peminat hadir. Jumlah jemputan 5,000 orang," kata pelakon Fasha Sandha yang berkongsi bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya yang juga pelakon, Aidil Aziz, 32, pada penghujung Mac ini.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 35, berkata, majlis nikah dan bersanding akan diadakan di Perlis dan majlis sebelah lelaki berlangsung di Rembau, Negeri Sembilan.

Klik untuk gambar besar


Fasha yang ditemui di lokasi penggambaran 'Patah Sayap Bertongkat Paruh' itu mengakui belum membuat sebarang persiapan untuk majlis perkahwinannya.

"Macam sekarang saya masih sibuk berlakon dan penggambaran drama Patah Sayap Bertongkat Paruh dijangka tamat pada 18 Februari. Kemudian, saya ada projek lain yang menanti.

"Ada dua bulan lagi sebelum majlis. Sejujurnya, saya belum ada sebarang persiapan. Berbanding Aidil, dia sudah buat sedikit demi sedikit seperti beli kain untuk keluaganya.



"Perancang perkahwinan sudah ada, tetapi saya belum ada masa untuk berjumpa dan berbincang. Saya nak selesaikan dahulu soal kerja baru boleh fikir mengenai majlis kahwin," ujarnya yang mengikat tali pertunangan dengan Aidil pada 18 November lalu.

Untuk makluman, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia lima tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.










www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: