22 January 2019

ANAK MELECUR: "SAYA PANIK, NANGIS & MACAM NAK PENGSAN" - IESYA TOH


Anak sulung kepada pengacara Iesya Toh iaitu Harraz Daiyan yang kini berusia dua tahun dua bulan itu telah mengalami melecur tahap dua akibat terkena air panas di rumahnya, semalam.





Sejurus melihat badan anak lelaki itu, Iesya, 36, berkata dia rasa panik, menangis dan macam nak pengsan serta jadi bingung sekejap kerana kejadian itu berlaku terlalu pantas.

Difahamkan, anak Iesya sudah pun selamat jalani pembedahan di hospital swasta di Kota Damansara bagi proses membersih dan membuang kulit mati.

"Saya panik, nangis dan macam nak pengsan apabila tengok keadaan anak yang melecur di badan. Saya jadi bingung sekejap sebab ia berlaku terlalu pantas.

"Masa terkena, saya sempat lagi marah 'hah tula main lagi'. Dia datang nak peluk pun saya elak sebab nak didik dia supaya tidak terlalu manja.

Klik untuk gambar besar


"Tetapi, dia menangis lain macam. Jadi, saya pun buka baju anak dan terkejut melihat keadaannya. Hanya Allah saja tahu perasaan ketika itu. Macam nak pengsan tengok kulit dia yang melecur dan terkopek.

"Kejadian ini sangat menakutkan saya. Dari semalam dia menangis kesakitan, saya pun ikut nangis. Doktor maklumkan tahap melecur anak 'second degree burn'," katanya.

Menceritakan kejadian itu, Iesya tidak menjangka anaknya akan mengusik botol yang sedang direndam dalam air panas.

"Selepas basuh botol susu anak, saya memang rendam dengan air panas untuk basmi kuman. Selalu dia tak usik. Kalau saya letak pun, dia tak boleh capai.



"Pagi semalam nak dijadikan hal, saya letak sekejap saja dan pergi basuh tangan. Saya toleh dia dah capai air tu. Memang tidak terfikir akan seteruk ni.

"Sebab tak ada pengalaman. Lagi pun air itu saya ambil dari penapis air. Saya ingat ia tak panas macam air panas dari cerek," jelasnya.

Menurut Iesya, sebelum membawa anaknya ke hospital dia melumurkan bedak dan tepung bagi mengurangkan kesakitan.

"Ketika kejadian kebetulan suami belum keluar bekerja. Jadi, ada orang yang boleh bantu saya. Sebab saya memang terlalu cemas.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan keadaan anak saya dan berkongsi tips untuk merawat kesan melecur ini," tuturnya.










www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Iesya Toh & Harraz Daiyan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: