22 January 2019

NELYDIA SENROSE MOHON JANGAN BERI TEKANAN UNTUK BERUBAH


"Saya akui ramai peminat yang menantikan perubahan saya, lebih-lebih lagi selepas pulang dari Umrah. Namun begitu, saya memohon agar tidak diberikan tekanan untuk saya berubah. Biarlah perubahan itu datang sendiri secara perlahan-lahan tanpa tergesa-gesa.





"Semua orang mahu berubah dan saya juga tidak terkecuali. Berhijrah itu memang senang, tetapi untuk terus kekal istiqamah itu agak sukar.

"Berikan saya masa dan saya memohon peminat mendoakan yang terbaik untuk saya," kata pelakon Nelydia Senrose memohon doa yang baik-baik dari semua pihak selepas dirinya baru sahaja pulang dari menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah.

Klik untuk gambar besar


Tambah pelakon drama bersiri 'Lafazkan Kalimah Cintamu' ini, dia memasang impian untuk ke Mekah dan Madinah setiap tahun.

"Pengalaman terbabit sangat menakjubkan. Saya langsung tidak fikirkan mengenai bebanan kerja atau hal-hal lain kerana fokus saya memang untuk beribadah.

"Bangun tidur sahaja, saya terus rasa bersemangat untuk menjalani hari di Mekah dan Madinah. Jika diberikan peluang, saya teringin untuk ke sana setiap tahun dan jika diberikan rezeki, saya mahu mengerjakan ibadah Haji pula," kata Nelydia menutup bicara.








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nelydia Senrose


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: