22 January 2019

HANEESYA HANEE: "BE PROUD..... NOT ASHAMED..... I'M BACK B****"


Nampaknya pelakon baru yang merupakan bekas pemenang Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee kembali bangkit selepas melalui insiden yang memeritkan.





Menerusi kemas kini akaun Instagram milik gadis itu, Haneesya memuatnaik foto-foto beberapa sesi penggambaran yang pernah dijayakan sebelum ini.

Haneesya memuatnaik foto-foto terbabit bersama kapsyen yang menggambarkan dirinya sudah 'move on' dengan tragedi lama yang melanda dirinya dan mahu membuka lembaran baru dalam kehidupan.

"Be proud of who you are and not ashamed of how others see you. I’m back b****," tulis Haneesya.

Klik untuk gambar besar


Selain itu, Haneesya juga memuatnaik banyak entri yang memaparkan portfolio yang pernah dihasilkan oleh gadis sebagai seorang model.

Rata-rata peminat memberikan reaksi yang bercampur baur menerusi entri-enteri yang dimuatnaik oleh Haneesya.

Ada yang meniupkan semangat buat pelakon drama bersiri 'Cik Reen Encik Ngok Ngek' itu, malah ada juga netizen tak bertanggungjawab terus mengecam Haneesya berikutan kontroversi yang membabitkan dirinya.

Pada 17 Januari lalu, gelaran Dewi Remaja 2018/2019 milik Haneesya ditarik semula ekoran penyebaran video kontroversi gadis itu sedang berhibur di sebuah kelab malam.












www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Haneesya Hanee


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: