21 January 2019

BABAK ADIRA SENTUH LELAKI LAIN - SUAMI BERI TIGA HARI PADAMKAN


"Saya beri mereka tempoh tiga hari untuk beri penjelasan. Kalau boleh saya nak mereka padam muzik video itu. Jika tidak sekali pun, buat suntingan semula dengan membuang adegan berkenaan dan muatnaik semula.





"Saya juga sudah cuba menghubungi 'boss' Adira, tetapi tidak berjawab. Malah, pengurus Adira pun hanya baca mesej tanpa sebarang balasan. Cara mereka ini seolah-olah tidak menghormati saya sebagai suami Adira.

"Sekurang-kurangnya mintalah maaf," kata suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Dato Red yang meminta babak isterinya bersentuhan dengan lelaki lain di muzik video itu dipadamkan.

Sebelum ini, Adira memberitahu suaminya itu menginzinkan babak bersentuhan dengan lelaki lain dalam muzik video terbarunya.

Bagaimanapun, Adira ketika dihubungi pula enggan mengulas lanjut mengenai tindakan suaminya itu. Pun begitu Adira merasakan perkara itu lebih baik dibincangkan dirumah daripada meluahkan di media sosial.

Klik untuk gambar besar


Tambah Adira lagi, tindakan suaminya itu mengeruhkan lagi keadaan kerana membenarkan netizen bercakap bukan-bukan mengenainya.

Ditanya sama ada dia akan membuang muzik video itu, Adira berkata dia tidak mahu bersikap mementingkan diri.

"Sebelum buat keputusan, saya kena fikir banyak perkara. Bukan saya seorang saja dalam muzik video ini tetapi membabitkan banyak pihak. Saya tak boleh pentingkan diri dengan buat keputusan sendiri.

"Lagi pula, pihak pengurusan sudah banyak bantu saya. Dari awal sampai sekarang, mereka sangat profesional," ujarnya.



Sementara itu, wakil syarikat rakaman dan pengurusan Adira, iaitu Roslan Adlie ketika dihubungi berkata, pihaknya cuba mencari jalan penyelesaian terbaik.

"Adira bernaung di bawah syarikat kita. Apa-apa pun, kami perlu berbincang dan mencari jalan penyelesaian. Dalam masa sama, kami hormat suami Adira," jelasnya.

Terdahulu, Dato Red memuatnaik status di laman Instagram yang mahukan pihak pengurusan Adira iaitu Nova Music menyelesaikan isu muzik video itu yang mengandungi adegan bersentuhan isterinya.

Apap-apapun, kami harap Adira dan Dato Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Adira Suhaimi & Dato Red


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: