21 January 2019

TAMPIL MOHON MAAF - ERNISHA DOAKAN PENGKHIANAT TAK DIKHIANATI


Sebelum ini kecoh di media sosial dan hangat diperkatakan mengenai kontroversi finalis Dewi Remaja berparti sakan di kelab malam dan mengambil alkohol di kelab malam.





Seperti yang diketahui, gelaran juara Dewi Remaja Haneesya Hanee telah ditarik balik, manakala Ernisha dan Fazreen tidak boleh lagi menggunakan gelaran 'Finalis Dewi Remaja'.

Diantara ketiga-tiga peserta, Ernisha antara yang menjadi bualan hangat apabila penampilannya yang bertudung di dalam Dewi Remaja tetapi hanya mengenakan bikini bersama jaket dan memakai topi di kelab malam tersebut.

Terbaru, Ernisha memuatnaik kenyataan permohonan maaf dan mengaku apa yang terjadi adalah kesilapannya sendiri. Ujarnya lagi, semua manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan akan berubah untuk menjadi insan lebih baik.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Ernisha memaafkan 'pengkhianat' yang menjadi punca kekecohan ini serta mendoakan agar individu itu tidak terkena perkara yang sama. Ujarnya lagi, semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Menjawab pertanyaan media mengapa menjadi pengecut tidak tampil bersama Hanee di sidang media, Ernisha menjelaskan dia akan melakukan permohonan maaf secara terbuka dengan segera.

Dia memberitahu lagi, sidang media tersebut adalah khas untuk penarikan gelaran juara Dewi Remaja Hanee sahaja. Erni turut berterima kasih kepada rakan-rakan dan peminat yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat.

Biarpun dikecam teruk, ramai selebriti memberikan sokongan dan kata-kata positif buat mereka untuk terus bangkit untuk melakukan perubahan. Apa pun diharap ketiga-tiga mereka terus maju dalam apa jua bidang yang diceburi.


www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Oh Bulan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: