21 January 2019

MUATNAIK FOTO 'MESRA' - NETIZEN SPEKU EMMA & ABANG SYED SADDIQ BERCINTA?


Baru-baru ini, pelakon Emma Maembong telah mencetuskan teka-teki apabila memuatnaik sekeping foto bersama seorang jejaka bernama Syed Abdullah yang merupakan abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.





Menerusi laman Instagram (IG) miliknya, pelakon drama 'Awak Suka Saya Tak' itu telah berkongsi sekeping foto bersama Syed beserta ucapan hari lahir.

"Happy birthday @syedabdullah1989. May Allah bless you," tulisnya secara ringkas yang meraikan ulang tahun kelahiran Syed yang ke-30 di Johor semalam bersama adiknya, pelakon Chacha Maembong.

Apatah lagi aksi mereka yang agak 'mesra' dan sering beberapa kali muncul di mana-mana bersama Emma dan raka-rakan yang lain.

Klik untuk gambar besar


Biarpun tidak mengumumkan secara langsung status jejaka berkenaan namun ramai peminatnya meneka jejaka itu pengganti pelakon Kamal Adli. Serentak dari itu, rata-ratanya peminat mendoakan agar hubungan Emma dan Syed berpanjangan serta bahagia.

Bagaimanapun, kalau diikutkan, Emma memang pernah memberitahu dia berkawan baik dengan Syad Saddiq dan abangnya itu. Malah, perkenalan itu sudah terjalin sejak sekian lamanya.

Sekadar info, Emma dan Kamal pernah menjalinkan hubungan percintaan selama tiga tahun namun hubungan mereka berakhir pada 25 Oktober 2017.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Media Hiburan, Instagram Emma Maembong & Syed Abdullah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: