21 January 2019

FOTO MEMORI DEWI REMAJA - HANEESYA PADAM, MUATNAIK KATA SEMANGAT


"Terima kasih semua diatas kasih sayang dan sokongan anda selama ini. Saya sayang kamu semua. Ini menjadi minggu paling sukar tapi mengejutkan, ia membuatkan saya menyedari satu perkara.





"Sangat penting dikelilingi orang-orang positif dalam lingkungan yang kecil. Saya tahu siapa yang akan membantu saya ketika berada pada tahap paling bawah.

"Insyallah saya akan menjadi orang yang lebih baik dan positif," tulis modal dan pelakon Haneesya Hanee yang bertindak memadam gambar kenangan ketika beliau menjuarai gelaran Dewi Remaja 2018/2019 selepas berterusan mendapat kecaman.

Klik untuk gambar besar


Selepas memadam gambar-gambar berkenaan, Hanee telah memuatnaik kata-kata semangat buat dirinya.

Minggu lalu, telah tersebar sebuah rakaman melihatkan beberapa finalis Dewi Remaja berparti sakan di kelab malam, berserta dengan alkohol. Kecewa dengan kelakuan itu, netizen mendesak agar gelaran mereka ditarik.

Tidak lama kemudian, pihak Majalah Remaja membuat keputusan untuk menarik kembali gelaran juara Dewi Remaja terhadap Hanee. Manakala lagi dua finalis tidak dibenarkan menggunakan gelaran Finalis Dewi Remaja.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Haneesya Hanee


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: