21 January 2019

ISU BERUNDUR JADI DJ - AJAK SHIRO NAFI LUPA DIRI, BERMEGAH


Keputusannya berundur sebagai penyampai radio, pelawak dan pengacara, Ajak Shiro berkata, bukan kerana bermegah apabila dinobatkan juara program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018, Jumaat lalu.





Jelas Ajak, keputusan itu sebaliknya, dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek, termasuk mendapat pandangan pihak pengurusan.

"Terima kasih atas spekulasi yang dibuat, namun saya tidak melatah. Saya tahu, ada pihak beranggapan saya sudah lupa diri apabila Shiro diumumkan juara MLM 2018.

"Namun, ramai yang tidak tahu, komitmen sebagai penyampai radio tidak semudah yang disangka. Sejak tiga tahun lalu, saya belum berkesempatan menghantar anak ke sekolah kerana perlu bergegas ke konti pada awal pagi.

Klik untuk gambar besar


"Keinginan itu sentiasa ada, namun saya terpaksa pendam kerana terikat dengan tugas," jelasnya.

Yakin dengan rezeki yang tertulis, Ajak atau nama sebenarnya, Mohamad Hanafi Razak, 33, menyertai stesen Hot FM pada 2016, mengendalikan segmen Geng Pagi Hot bersama Shuk Sahar dan Fizie.

Program itu bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, bermula jam 6 hingga 10 pagi.



Mengulas perancangannya selepas diumumkan juara MLM 2018, Ajak berkata, dia berhasrat membawa keluarganya menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada Mac ini.

"Alhamdulillah, doa saya ketika menunaikan umrah tidak lama dulu dimakbulkan Allah apabila sepanjang tahun lalu, rezeki saya dipermudahkan.

"Saya mahu kembali ke Tanah Suci sebagai tanda terima kasih atas rezeki yang diberikan. Sudah lama sebenarnya saya merancang untuk ke Makkah bersama keluarga.

"Apabila menang, ia memudahkan lagi perancangan untuk ke sana. Sebaik-baiknya wang kemenangan itu dibelanjakan untuk tujuan yang murni," katanya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Ajak Shiro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: