31 January 2019

ACHEY BUNTU KERAP HIDUNG BERDARAH, MENGALIR MACAM AIR PAIP


Selain mengakui buntu apabila kerap mengalami hidung berdarah walaupun sudah mendapatkan rawatan di klinik, pelawak dan penyanyi, Achey Bocey turut memberitahu setiap kali masalah itu berlaku, darah yang mengalir keluar seperti air paip sehingga terasa di bahagian kepalanya.





"Tak tahu apa hal, kerap begini. Pagi kena sekali, malam kena lagi... Sekarang macam air paip. Terasa kat otak benda (darah) itu mengalir," katanya menerusi posting di laman Instagram.

Melihat status tersebut, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 32, turut memuatnaik gambar dan video memperlihatkan hidungnya berdarah.

Achey berkata, doktor memberitahu keadaan itu berlaku kerana mengalami panas dalam badan namun dia pelik kerana ia berulang dengan kerap.

Klik untuk gambar besar


Beritahunya lagi, hidungnya juga kerap berdarah ketika dia menyertai program Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) baru-baru ini.

"Masa Maharaja Lawak Mega 2018 tu selalu kena. Orang cakap panas dalam. Klinik pun begitu panas dalam. Penyelesaian dah ikut tapi kena juga," tuturnya.

Dalam pada itu, Achey berkata, keadaannya itu mungkin disebabkan kerana dia terlalu kuat bekerja namun ia adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

"Apa-apa pun doakan saya baik-baik sahaja... Kerja keras? Mestilah ada benda nak rolling dan ada tanggungjawab. Kerja keras itu mesti, cuma macam kena berehat seketika," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: