01 February 2019

ZAHIRAH BERI 'BAYANGAN' HUBUNGANNYA & AIMAN DIRESTUI BAPA


Hubungan pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza dikatakan antara yang paling manis ketika ini sejak mengumumkan mereka sedang hangat bercinta. Kata orang, boleh lihat betapa berserinya kehidupan mereka berdua kini.





Bukan sahaja mendapat restu daripada peminat dan ibunya, Zahirah memberikan 'bayangan' bahawa bapanya, Zainol Macwilson juga sudah merestui percintaannya itu.

Memuatnaik foto bersama bapa tercinta di laman Instagram dengan kapsyen tentang hubungan akrab mereka anak-beranak dan betapa beliau menyayangi bapanya, Aiman juga dilihat meninggalkan komen pada foto tersebut.

Membalas komen cinta hatinya itu, Zahirah bertanya mungkin selepas ini Aiman mahu berjumpa dengan ibunya yang menetap di Perth, Australia.

Klik untuk gambar besar


Rasanya semua orang tahu, bukan mudah untuk bapa Zahirah memberikan 'green light' kepada lelaki yang bercinta dengan anak perempuan kesayangannya itu.

Biasalah, seorang bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anaknya. Namun, Aiman cukup bertuah dan semoga segalanya dipermudahkan serta ada jodoh sehingga ke jenjang pelamin.

Untuk pengetahuan ibu kandung Zahirah, Maslinda Yusof kini menetap di Perth, Australia bersama suami barunya selepas bercerai. Bertuah Aiman dapat restu bapa Zahirah, bukan senang, yang dulu pun tak lepas!








www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: