01 February 2019

LEPAS FOTO 'PANAS' - EMMA MAEMBONG, SYED ABDULLAH DIDAKWA DAH NIKAH?


Sebelum ini, beberapa keping gambar mesra Emma Maembong tidak bertudung bersama Syed Abdullah, yang juga merupakan abang kepada Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq, tular di media sosial.





Susulan gambar mesra yang tersebar, hubungan pasangan tersebut terus menjadi tanda tanya netizen. Terdahulu, pasangan ini dikatakan sedang hangat bercinta apabila sering memuatnaik foto bersama. Bagaimanapun, kepsyen gambar yang dimuatnaik menjelaskan mereka hanya kawan baik sahaja.

Namun, hari ini tular lagi satu cerita dimana timbul dakwaan mengatakan bahawa Emma dan Syed Abdullah telah pun bernikah. Menerusi Instagram @memes_puaka, seorang individu mendedahkan bahawa Emma dan Syed merupakan pasangan suami isteri.

Klik untuk gambar besar


Individu itu turut mendakwa Syed Abdullah telah menunjukkan gambar pernikahan mereka berdua kepadanya. Menurut individu itu lagi, dia mendedahkan perkara tersebut kerana sudah melibatkan isu fitnah dan timbul rasa bersalah jika dia hanya mendiamkan diri sahaja.

Bagaimanapun, setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada pihak Emma mahupun Syed Abdullah berhubung dakwaan tersebut.




www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: