01 February 2019
SHARIFAH SHAHIRAH: "KALAU DIA CARI POMPUAN LAIN, TAK MARAH SEBAB.....
Mengakui suaminya, Ijoy lebih suka melihat isterinya keluar rumah dalam keadaan 'buruk' atau tidak bersiap, pelakon Sharifah Shahirah atau dikenali dengan Shiera berkata, suaminya akan cemburu jika dia keluar dalam keadaan bersiap dan bersolek.
"Sapa nak bini cenghini? (fotonya tanpa solekan dan rambut tidak terurus) Laki aku lega bini cenggini. Kalau aku lawa... 10kali talipon susah nak kerja. Ada je dia cakap macam-macam.
"Kang laki tu kacau laa tu kacau laa... haa sekarang aman. Balik lambat pun ok dah. Dia cakap keluar buruk...balik rumah cantik macam JLO. Kat IG pun kena buruk..," tulisnya yang berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Klik untuk gambar besar
Menurut Shiera berseleroh, jika suatu hari nanti ditakdirkan suaminya cuba mencari wanita lain, dia mungkin tidak terkilan.
"Kalau dia cari pompuan lain tak marah sebab kita buruk.. kalau kita cantik macam miss universe ada pompuan lain lagi sedih. Tapi nak lagi sedih kalau tau dia ada laki lain..lalalalala," katanya lagi.
Untuk makluman, Shiera dan Ijoy mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sharifah Shahirah
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment