02 January 2019

ADIK IPAR DIKECAM - EIRA SYAZIRA PADAM VIDEO, ENGGAN KOMEN


Ketika diminta mengulas berhubung isu video tular membabitkan adik iparnya, Syainie Aida yang dimuatnaiknya di laman Instagram, semalam, pelakon Eira Syazira enggan beri sebarang komen.





Usaha Harian Metro untuk mendapatkan komen dari Eira sendiri mengenai isu terbabit menerusi aplikasi Whatsap tidak berjaya.

"Kalau pihak media mahu bertanya mengenai perkembangan karier nyanyian Eira di Indonesia, dia sedia untuk beri komen bila-bila masa," katanya yang sudahpun memadam video terbabit di laman Instagram miliknya hari ini.

Difahamkam, pada mulanya, Eira hanya mahu berkongsi kegembiraan adiknya, Syainie Aida yang sangat teruja bila dapat naik ke pentas menyaksikan persembahan lebih dekat vokalis band Noah (dulu Peterpan) Ariel di Jakarta, Indonesia sempena sambutan malam Tahun Baru.

Klik untuk gambar besar


Video Syainie Aida berpegangan tangan dan menari bersama Ariel di pentas itu turut mencuri perhatian pengikut Eira di laman instagram hingga ditonton lebih 125,000 orang sejak dimuatnaik semalam.

Namun, apabila video itu memaparkan Syainie Aida berpelukan dengan Ariel di pentas, ia terus mendapat pelbagai kecaman yang keterlaluan dari netizen.

Eira nampaknya lebih selesa suaminya, pelakon Azad Jazmin yang juga pengurus karier seninya untuk menjawab pertanyaan pihak media bila ditanya isu terbabit.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: