02 January 2019

SUAMI 'OCD': "BENTUK SAYA JADI SABAR & TAK LIHAT NEGATIF" - KAKA


"Sebelum berkahwin lagi saya sudah tahu Adam menghidap gangguan depresi dan pernah menerima rawatan psikologi serta psikiatri. Jadi sebagai isteri saya nak ambil tanggungjawab ini untuk membantu dan merawat penyakitnya itu.





"Lagipun sebelum kenal dengan Adam saya memang suka menonton video mengenai cara rawatan kepada pasangan yang menghidap gangguan depresi di YouTube.

"Setakat ini Adam dapat mengawalnya cuma kadangkala dia akan tiba-tiba menangis, berasa sedih dan celaru terhadap sesuatu perkara yang berlaku.

"Malah sejak kebelakangan ini juga penyakit OCD Adam agak teruk apabila setiap benda mahu dalam keadaan tersusun dan teratur," kata penyanyi Kaka Azraff yang mendedahkan suaminya, Adam Azriff menghidap gangguan kecelaruan bipolar dan Obsesif Kompulsif (OCD).

Klik untuk gambar besar


Kaka berkata, dia mengetahui gangguan yang dihidapi suaminya itu sebelum berkahwin dan akan memberikan sepenuh sokongan terhadapnya.

Menurut Kaka, dia tampil berkongsi gangguan yang dihidapi suaminya itu kerana ingin mendidik masyarakat mengenai masalah terbabit.

"Saya lihat ramai di antara kita belum ada kesedaran yang cukup mengenai gangguan yang dihadapi sesetengah individu ini. Kalau boleh setiap daripada kita perlu memainkan peranan penting untuk membantu golongan sebegini.



"Tidak dinafikan, ramai yang menghantar mesej peribadi kepada saya dan suami di Instagram yang mengatakan mereka mempunyai masalah depresi tetapi tidak tahu dengan siapa ingin berkongsi.

"Sepanjang merawat suami ia membentuk diri saya menjadi lebih sabar dan tidak melihat ia sebagai perkara yang negatif," ujarnya.

Gangguan bipolar ialah penyakit mental yang menjejaskan ragam, tenaga dan keupayaan seseorang untuk berfungsi.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: